Sunday, September 11, 2011

390. TosletPuaka Fin

Sambungan dari post lepas :

388. TosletPuaka 1 dan 389. TosletPuaka 2

'Abang ni baik lah!! Farid nak tolong abang lagi!'
'Adik nakkan sepuluh hinggit lagi ker?
tak der apa yg buleh adik tulung lagi dik..
terimakasih jer la.'
'takk takk.. ni free punyer,
abang kena mintak mahap ni bang..
kalau abang buat salah, mintak mahap jer la.
kakak tak marah lagi, kakak cuma nak balik umah jer'
ada muka saspen cam jalaludin hassan dlm kuiz show
'sapa nak jadi jutawan tu'.
'eh jap? kakak ?'


'tuu' kata si budak autistik tu sambil
menuding jari ke back seat yang kosong tak der orang.
sekali dia melambai macam orang nak ucap selamat tinggal.
'kakak cantiiikkk.. ambut panjaaannngggg..
kat pipi kakak ada luka.. kesian kakak ahak! ahak!.'
'err.. jap dik. jangan buat lawak buleh tak..'
'betuulll!! kakak tgh lambai ni haa.. haaaaiiii, kaaakaaaaaakkk'
while waving his hand frantically towards the empty back seat.
'keter ni yang sakitkan kakak, sebahagian dari kakak
masih kat keter ni, tu yang kakak tak leh balik tu.
ahak ahak ahak.. ' udah udah lah ngan gelak tuu!!
sejenak itu, bulu pocket kat mana juga yang ada bulu
terus meremang..
pocket jadi takut, yes as pondan it may sound,
pocket naik takut. terus pocket bergegas ke pintu pilot
ngan usaha nak meninggalkan budak tu.
'jangan naik abang!! kakak marah abang tak percaya!!
jangan naaiiikkk!!! percaya la cakap Fariiiidddd'
meruntun dan menarik baju pocket...
i got so furious, wanted to slap him for doing
the unnecessary joke. but i just couldnt.
dia autistic.. memang suka berfantasi kot.
dan pocket terus naik keter, idupkan enjin, pecut,
lupakan budak autistic ni,
biar dia trus dok berfantasi kat situ.
hish tak lalu aku.

risau gak.. still buleh ingat rupa
si budak autistic tu dok ketuk tingkap pocket
sambil dok laung ngan muka panic nya...
'jangan naik!! jangan naiiikkk!!!.. nanti kakak cekiiikkk!!'
ngan lakonan nya yang sesekali menoleh
ke tempat duduk belakang tu memang buleh
diberi award. Heeeiiiiiiii!! meremang bulu roma.
dah la tetengah malam..lagi mau buat lawak..
'taaakkk.. tak der tak der, mana ada antu, donia maju ni mana
ada antu... budak tu berfantasi jer tu.. aku ok jer haaa..'
tasbih bibir memujuk ati.. moga tenang sikit perasaan.


Perjalan diteruskan ngan kelajuan yang tinggi sikit.
Sedikit seram, tak tengok belakang sangat dah, yer la,
dok menjeling ke back mirror kang nampak lak
sepasang mata kat situ, mahu aku buat aksi melompat
dari kenderaan bergerak ala ala mcgyver kan.

Tak sampai 10 minit pemanduan,
nampak gerai pemandu lori dok makan mee goreng.
pocket pun bagi signal dan berenti la seadanya.
kita bagi cool dulu kejap, masukkan gula dalam darah.
'boss teh tarik satu.. mi goreng yer.. tak mau toge'
dan si lelaki separuh dekad tu pun bangun dari kerusi
dan memulakan upacara menggoreng mee utk pocket.
20 minit berlalu... kaki dok gedik gedik tanda tak senang
ati pun dah berkurangan dah... tasbih ku berkesan..
where got ghost! where got ghost! where got ghost!

Masa teh tarik pocket sampai, dia menegur..
'aaii pucaaat jer ni dik.. kenapa? nampak hantu ker?'
kata pakcik yang berketumbuhan dileher macam
filem Karak tu. orang sini pandai buat lawak kan..
tak lawak pakcik. Pocket hanya tergelak.. hirup teh tu skali,
dan citer la pocket pasal terlanggar anjin
dan berhenti di depan simpang tu,
ada lampu dan budak autistic dtg tolong.

'oowhh hang nampak Farid?'
tanya pakcik tu ngan penuh wajah kehairanan. secebis cemas,
terus dia bangun dan bergerak ngan slow motion nyer ke
kaunter cashier.
'nama dia farid?' mcm buleh tangkap gak, tp tak nak ingat punya
pasal... nama dia pun hilang <:o
'huuu, kena talipon mak dia nih, mak dia tak bagi
dia keluar memalam tu, dia tu buleh nampak hantu..
betul betul punya buleh nampak.. roh, jin, hantu lilin
bunian, harry potter pun dia buleh nampak, last dia keluar,
nelayan jumpa dia dok nangis kat pulau sana nuu sorang sorang..
katanya dia bejalan pi.. mana ada titi!! ni dia keluar pulak nii
kang meracau kat mana plak ni nanti'
kata pakcik tu dengan cergas nya mencapai henpon murahan merah.
'alloo.. maah, hang dok buat apa...? ni nak tanya sikiit,
hang tau dak anak hang dok mana?
hang pi check sat...ada orang ni kata... kat simpang'
his alarming voice becoming less and less audible as
he walks towards the cooking area.

Yg pocket ni masih duduk sambil tangan memegang
teh tarik. mengadap ke keter pocket yang sunyi diaaam
jer sesorang dia.
dengan seat belakang yang nyata sekali kosong.



tapi...

.....




Peerghhh!!!



tuuuutttt tuuuutt..klok klak 'haloo..' suara ngantut.
'halo, adik.. bangwan nih, adik buleh mai amik bangwan dak?'
'nak gi camana? keter adik kan bangwan pakai...'
'eh yer tak yer gak kan..'

Fin

21 comments:

cheryna zamrinor said...

pocket is admitting his fears!!! yeayy....pocket, now i want you to be honest pulak..

...what was the combination of stories yg anda ciplak? hahaha...

Pocket said...

Sha,
erk? ada sound mcm pocket ciplak ker?
'Karak'?
'abe' the novel?

:D
orang citer kat pocket,
pocket elaborate n here i wrote ^^

Unknown said...

lol :D

fatin said...

owh...so bangwan lah punyer citer nih yer.. ala2 momok gitu.. (auww!)

Pocket said...

Saiazuan,
heeheh,

Fatin,
owh!! memang ada filem orang kita wat cenggini gak ker? pocket tak pernah tgk la filem Momok tu.
ada budak autistic jgak ker? :D

azeemazain said...

haha~~ sy pon nak tgok harry potter real punya bley?,..haha~

Kujie said...

eh..tetiba nk shooting filem utk raya haji ke?

Kak Long Mawar Merah said...

Seramlah pulak citer pocket kali ni. menyesal Kak Long baca tengah malam....iskkk!

Shila said...
This comment has been removed by the author.
intan izani said...

wait. sy tak faham ni. citer betul ke tipu ni? serius confused.

~Sal Ismail~ said...

haha..nasib baik Sal baca kat skola tghari..kalo mlm..mau meremang gak bulu roma~

filantera said...

owh...thats what happen to my car??!!

chet, kaki anji tu ada lagi laa..

actually....the real ghost in this story is .. the pakcik yg goreng mee tu.

are u really sure itu adalah pakcik betui...?

please refer to here
http://www.hazwan.com/2011/04/misteri-restoran-bendang-tujuh-relung.html

Dee said...

tp kdg poket elaborate smpi tak fahamlah..hahaha..nak takut pun kena pikir jap..eh..seram eh..hahaha..

Pocket said...

Zieyzain,
sila berguru ngan Farid :D heheh

ngan 'you-kno-who' pung buleh tengok kot :D

KakKujie,
sesapa sila la amik ni wat skrip drama pendek utk raya aji, kot kot buleh masyuk 40 hinggit :D

KakLong,
heheh, memang patut pun seram,
kalau tak seram, pocket gagal lah sebagai tukang cerita yang baik :D

Intan,
citer betul ker,
tipu ker,
kamu terhibur tak? :D

SalIjou,
heheh, alaaa... sila bacak balik malam ni buleh?

Filantera,
hehehe,
sorry, that was shy u have to come and get me the next morning :D

kaki anjin tu ada lagi?
putus? waaooo!!

adik jangan kata pakcik tu yg antu.. dua pinggan gak woo mee goreng dia bangwan telan!!

Dee,
hahaha, elaborate sampai tak paham.
dia macam...
'eh kejap.. ni nak kena seram tak part ni haa? ohh kena seram.. okeh, seram kejap^^;'

heheheh, utk taste kak dee, pocket gagal. tak per!! nanti pocket pulun lagi :D

Adila said...

uissshhhhhh
lps tu? lps tu?

bace komen psl kot le pak cik tu yg hantu
tgk2 bukan mee yg dia mkn tapi....
uisssshhhhhhh~

anisumbrella said...

pocket ! haha , sengal

littledolphin said...

SCARY + FUNNY

Akue Achik said...

suka bca n tgok crita antu..tp bila part maw msuk tido.... @_@

kanak kiri takut nak pusing..

~Kenanga Suchi~ said...

citer betul2 ke ni? :|

aemynadira said...

eeeee sy menyesal baca!! haha..damn, tiba2 rasa goosebumps pula skrg..hahaha :p
mcm crita karak pula kan...hhaha..tp lawak juga la :p
thumbs up, pocket! ^^

tehais said...

Seram sejuk plak cita ni. Jgn laaa jadi kat teh ais. Huhuh