Saturday, September 10, 2011

389.TosletPuaka2

sambungan dari post semalam : 388.TosletPuaka1

Tgh tgh dok cari kayu tu, pocket nampak
ada kelibat lelaki keluar dari dalam semak.
Macam ada trail kecik ke rumah orang dari situ,
dia menolak basikal, kemas berseluar pendek,
tuck in ngan baju berkolar.
Gaya macam remaja, kurus bersongkok,
kain pelikat diselimpang ke bahu.
Tetengah malam ni tak sejuk ker dik ooi..

Sambil suluh toslet besar lagi dabak
tu ke mata pocket.. 'Abang buat aper sini!!?'
separuh menjerit, nada marah pun ada,
mcm mengusik budak kecik yang kantul merokok pun ada.
silau la bodoh!! Puaka punya toslet.
'Abang terlanggar anjin, sangkut plak kat keter,
tgh nak buang lah ni' explain pocket takut dituduh
mengendap ker berkomplot nak merampok ker.
Memalam ni kang kena pukul cenggitu jer kang.
Bukan nya nak diusul periksa nyer diorang ni nanti.
'ooooo, langgar anjinn.. ahak ahak ahak.. '
Tertawa riang nyer budak tu, pocket masa tu
tak nampak lagi muka budak tu, Salahkan toslet
puaka itu. Dengar ke intonasi dan cara gelak tu,
terasa la gak, buduh ker aper budak nih,
lain macam jer gelak nyer.. sekali bila dia dah
hampir ngan keter pocket, baru la nampak terang
lagi tak bersuluhnya.. dia autistic.

Dengan tangan nyer yang sedikit cacat pergerakan tu,
gaya gerakan leher nyer yang kekadang dok meneleng
ke kiri tu, air liur yg tak la terjaga sangat tu,
yes confirm autistic.. kesian dia.. kalau tak autistic,
memang ensem budak ni.
Pocket tarik balik kata kata buduh ker haper tadi.
Mintak maaf yer dik.. abang yang buduh.
'Bagi Farid tolong abang yer.. farid tarik..
abang cucuk yer.. ahak ahak' bukan tempat nak gelak ni dik..
Pocket mencari tali dalam ruang penyimpan barang
dibelakang keter, pocket perasan yang dia memerhatikan keter
sambil senyum senyum, autistic memang suka senyum kot.
Tali dihulur utk mengikat badan anjin tusebagai pemegang
untuk budak tu nak tarik, pocket pun duk usaha melepaskan
kaki anjing yang tersangkut tu.
Sebab dua orang yang buat, tak sempat tiga minit, settle!

Sebab baik hati menulung, pocket bagi dia 2 ringgit.
Sebab sanggup meneman pocket ditengah malam
yang sunyi lagi kat tpt yg sure punya lah ada antu,
Pocket bagi lapan ringgit, so sehelai duit merah
pocket hulurkan, dia ambik.. ngan gelak autistik nyer,
dia menyambut duit pocket.
'Makasiiiihhhhhh' dengan penuh lawak jenakanya, happy dia.
'Abang ni baik lah!! Farid nak tolong abang lagi!'
'Adik nakkan sepuluh hinggit lagi ker?
tak der apa yg buleh adik tulung lagi dik..
terimakasih jer la.'
'takk takk.. ni free punyer,
abang kena mintak mahap ni bang..
kalau abang buat salah, mintak mahap jer la.
kakak tak marah lagi, kakak cuma nak balik umah jer'
ada muka saspen cam jalaludin hassan dlm kuiz show
'sapa nak jadi jutawan tu'.
'eh jap? kakak ?'

aaaah suddah.. tempat tempat cenggini
jangan buat lawak buleh tak dik?
Benda yg tak der pun jadi ader tau!! hish!!
dah la aku tengah dok cuak nii,
ko ni antu ke orang pung aku tak tau lagi..
heiiiii!!!!

**********************************************
Lagi 1400 patah perkataan jer pocketeers...
saboo!! sabooo!!!

-Bersambung-

13 comments:

tehais said...

Cita menarik dan saspen :)

Takleh saboo da nie..cepat cepat sambung tulih.hehe :P

Dhiya Fariza said...

haha berbakat pocket ni :D

~SaL IjOu~ said...

tu diaa..kakak mana pulak tu~ jeng3..

Pocket said...

TehAis,
yes yes, untuk kesejahteraan sekalian, pocket sambung besok okeh :D

Dhiya,
cuba pocket tulis ngan bahasa yang diluluskan dari DBP kan.. silap silap buleh gak dpt RM sikit kalau publish dlm cerpen akhbar memana ker ...

SalIjou,
Kakak mak tiri kepada abang ipar mak ngah, :D wahahahah..

kakak random lah cik Sal

Adila said...

uiiissshhhhh!!!!
suspen!!! sambunggg!!!!!

kakak mane ni? issshhhhh!!

hana sudradjat said...

saspen gila!

dia merujuk kepada kakak sape pulak ni? saya dahlah kat bilik sesorang.baca ni terus buka pintu.

betapa hebatnya efek tulisan pocket ni kepada saya. :)

Saiazuan said...

uiks, kecian dak tu

Pocket said...

Adila,
kakak yang kat belakang tuu..
alaaahh.. takkan tak kenal :D
(POcket yg dlm seram sejuk menaip)


HanaSudradjat,
hehehe, kakak mana tu kena baca karangan besok.. segalanya akan diungkap kan semudah paham nya.

trus buka pintu?
kiranya kalau kamu menjerit,
ada orang dengar lah :D
heheh... pocket setuju.
tindakan yang baik ^^

Saiazuan,
pocket memang kesiankan mereka yg autistic. cabaran mereka utk menempuhi dunia ni amatlah besar.
kita yg bijak pandai ni belum tentu sekuat mereka.

Titisan Hujan said...

hmmm...da la smbungan


autistic mmg insan yg ensem/lawa pun.realiti.

Aemy Shamy said...

ok at the middle rasa lega dah sbb dia autistik...tp..kakak?? kakak mana pula ni..huhu..sy pun rasa len mcm ni....scary!! sambung cepat! hehe..

cHeRyNa PiReS said...

terblur sebab tang mana datangnya kakak tuh...

anyway this is sha talking in sleep...dreaming Farid with Aaron Aziz' face again:P

syafiqakarim said...

hahah bole buat drama :p

Pocket said...

Titisan,
btul, so malam ni dah tak der nyambung nyambung.

Aemy,
umph!! mempercepatkan schedule atas pintaan ramai :D
finale!!

Sha,
Farid tu lebih kepada sipengaca AJL yg rendah tu :D saper?
Elli?

SyafiqaKarim,
pendek sangat la :D