Thursday, August 25, 2011

379. Kempen Tak Menarik Laaa...

...sapa nak sahut?

baca blog kak jie (http://www.kujie2.com/)
pagi tadi n trus close window to open my faithful
and reliable NotePad. Yes, notepad is as dumb
as it look, but the best place for me to spill
my thought when i'm having the 'idea rush'
Kak!! saya tumpang gambo kak tau!! tumpang tau!!


katanya FAMA nak keluarkan kempen satu
rumah tiga pokok kelapa untuk menangani
masaalah kekurangan kelapa (Or Santan)
dimusim perayaan, respect FAMA..
ada keberanian nak bagi idea
walaupun mungkin diketawakan,
mungkin diperbodohkan,
mungkin menjatuhkan nama orang yg bijak pandai
kat FAMA kerana mengeluarkan such idea
yg rasanya buleh disangkal masyarakat ngan mudahnya.
tp atleast diorang berani gak nak bg idea.
jabatan lain ada? jabatan lain berani?
(Macam seorang BF yang nak mencadangkan kat
awek nyer yang pakai baju dinner cam kat hotel hotel tu,
ngan bahu dedah bagai, kain satin leret leret...
'kita makan kat KFC jer lah buleh tak?
reservation abang dioverwrite lah'
berani?)

Tabung darah negara rasanya masih lagi low on blood.
everytime pocket gi derma darah,
(Standard schedule, bukan yg kempen kat shopping complex tu)
tak pernah pun pocket menderma ngan sorang lagi di katil sebelah.
mengharap la ada awek comel menderma sekali,
ada gak 20 minit peluang nak berkenalan.huh!
Tak nak kempen ker pihak spital sekalian?
stamp card!! (Dah wat dah, tp tak menarik..)
cukup 10 dpt kfc voucher ker..
cukup 20 buleh gi pulau pangkor,
hotel murahan ngan wit feri ditanggung.
cukup 100 buleh dinner ngan sultan.
(Sure tak kan ada yg buleh capai punyer..
umur 15 nak kna start menderma,
pencen kang baru buleh dinner ngan sultan)
Tapi menarikkan? daripada waiver RM1 masa
dapatkan rawatan pesakit luar tuu. huh!!

Merokok?
Tgk orang merokok sama jer ramainya..
yg merokok kat tpt awam pun ada lagi,
kamu disana, berani tegur pakcik tu kater..
'eh pakcik.. sini tak leh merokok lah'
kalau dlm library memang la brani,
pasal ekon dan kehadiran flammable kertas all over.
kalau kat tangga masjid rasanya tak.
mcm yg pocket komen kat blog kak jie,
‘kempen mari lempang perokok’
cari sorang kawan yg berani mati,
kawan itu perlu merekodkan tindakan anda melempang
seorang perokok yang merokok ditempat yang dilarang.
hadiah (Bermula dari RM30 ke RM400) akan diberikan
mengikut kekuatan bunyi ‘pang!!!’
ketika tangan anda hinggap ke pipi perokok tersebut.
your video will be review by our specialist.
Amacam? menarikkan?

Kesalahan lalulintas?
semua ada DSLR kan sekarang?
paling cikai pun henpon ngan 3.2Mb kamera,
RM20 untuk setiap satu gambar yang valid nombor kereta
terpampang sedang memotong di double line.
amacam?
Buleh gak pocket wat wit raya nanti :D

Kempen 'TAK NAK' tu dah jadi apa dah yer pocketeers?

14 comments:

erysweetie said...

kat rumah kampung halaman mak saya banyak pokok kelapa..takyah nak beli santan. hihi

Elie Lily said...

tak elok makan santan banyak2! :D

Kak Long Mawar Merah said...

Menarik oo cadangan pocket untuk kempen-kempen tu. Ganjaran untuk Lempang perokok mengikut kekuatan bunyi lempangan tu memang tak boleh blah!
Somoga adalah yang terfikir nak ikut cadangan kreatif pocket ni supaya kempen tak hanya tinggal kempen!

Pocket said...

Erysweetie,
rumah kamu mungkin,
rumah pocket ada dua,
rumah flat kat pantai dalam?
rumah taman kat section 17 Shah Alam?
populasi peminum santan disitu lebih tinggi ^^

Elie,
Memang tak elok!
tapi penjual cendol kat pasar ramadan pocket pulang ngan tong kosong gak ^^

KakLong,
memang menarik,
orang yang berkuasa sila la baca.
orang yg kenal orang yg berkuasa sila la iklan.
moga ada penyelesaian.
tapi jangan la lempang :D

banji said...

setuju... buat kempen biar jelas apa yg nak dibuat. Sila tanam 3 pokok kelapa, bukan dua bukan empat tapi tiga. baru boleh jalan. orang yg nak menyahut cabaran tu pun tau apa nak dibuat dan bila nak berenti

kempen sayangilah sungai kita adalah contoh kempen yg abstrak. tak tau nak buat apa

aemynadira said...

hahahahah! i wonder if your ideas diluluskan....msti negara ni jd menarik..hehehe :p yg kelapa tu..dah lebih 3 pkok kelapa ada d rumah sy ni...yg lain pun akan ditebang nnt sbb menyemak ja..haha :p
so sapa2 yg berminat ngan pokok kelapa boleh la cabut 1 pkok d halaman rmh sy..free of charge :p

antalya said...

umah flat,apartment,condo nk tanam kt mana pokok kelapa tu? huhuuu

mikeyvio said...

hahaha...suma nk upah ek..:D

Dee said...

saya dok flat..agak2 kat mana saya nak tanam pokok kelapa nan 3 batang itu ye..

Echa said...

hahaha..kempen lempang ? menarik !
nk jgk lempang2 ni sbb ada gnjaran..haha..gila ganjaran pula..

btw, susah nk tnm pokok kelapa la area rmh ni..haha.. :)

hazz death said...

haha.. mmg kempem brani mti la.. haha.. nice

Unknown said...

menarik tul idea tu.. tp surely majoriti xkn buat.. sbb rmi dok bandar.. n xkn la nk tanam pokok kelapa kt dgh2 bandar tu..plus when buah tu jatuh, kan bahaya tu..

Pocket said...

Banji,
betul tu, kempen kalau tak precise, tak nama kempen lah.
daah semua orang tak tau nak wat apa. kemana nak gi pun tak tau.

kempen cintai sungai kita?
err kalau mandi jangan kencing dalam sungai kot?

Aemy,
negara kita jadi menarik,
akan masuk dlm buku panduan pelawat, sila jangan isap rokok di khalayak ramai, anda mungkin dilempang :D

Antalya and Sis Dee,
memang, kamu kena beli pasu besor 4x4 kaki persegi, n taruk kat balkoni tingkat nam belas kamu.
buah jatuh bawah? nanti FAMA kuarkan insuran kot :D

MissVivo,
upah tu menjana ekonomi negara!!
mesti lah nak :D
kempen kurangkan gula,
kamu buat?
sebab?
tak dpt upah :)

Echa,
paling best kalau jumpa cikgu displin merokok dalam shopping kompleks, memang nak lempang :D

jumpa EX BF?

HazzDeath,
kawan dan kamu mesti berani mati, untuk apa? wang ganjaran 40 hinggit :D

SaiAzuan,
betul tak semua yang buleh buat,
tp applause for FAMA for having such idea, buleh pakai ker tak tu, belakang kira :D

Kujie said...

dulu.........dulu...........asa seorang menteri buat kempen ' minum air kelapa muda'

sebab tu...banyak org tanam kelapa mawar.

depan rumah ni ada sepoko, tepi ada sepoko, tak dpt nak bayangkan 10 tahun lagi..........bagaimana nasib si pokok kelapa tu

kempen membabiktn kos, bukan cuma airliur