Thursday, July 28, 2011

359. CeritaMalamKedua

Sambungan dari citer yang lepas '358.CeritaMalam'

'so hang buat apa kat keter tu?'

si pencerita tak sambung terus,
bagaikan mengumpul semangat nak
meneruskan cerita.
'aku loosekan skru kat pedal brake,
n aku bocorkan brake dia...'
diiringi ngan satu keluhan singkat.
dia diam pas tu..
kami plak on the other hand, bantai happy,
kami memang suka dia buat gitu,
biar mat saleh celup tu kena.
moga moga lumpuh n tak leh kawin ngan cik nen.
kawan kami ni yang jadi kaya,
kot la kami pun buleh merasa makan
kenduri kawin dalam dewan ngan 8 course dinner.

selepas kesunyian yang agak panjang,
ada suara bertanya 'pas tu camana wei?'
.......
'...cik nen yang mai amik keter tu,
kena pi jemput mat saleh tu yg mabuk.
kengkawan dia pun hancoq malam tu,
depa balik ngan awek depa masing masing,
konon nya matsaleh celup tu talipon dia.
mintak dia pi amik. kawan aku la yang bagitau,
katanya cik nen diberi arahan untuk mai
amik guna keter tu pasal dia nak keter tu
ada dirumah besok. something about tak mau
kantul ngan bapak dia or samting'
'abih brake tu?'

sedutan hingus yg tak der hingus sangat,
suara bergetar getar macam ada setan dok
merentap rentap esofagus tak nak bagi
cerita tu keluar.
'cik nen yang terima padahnya,
aku nak naya mat saleh tu,
cik nen yang exciden.. '
suara dia dah mula teresak esak..
macam sedih sangat sangat dah.
men cant do much in showing empathy while listening
to sad story, but we sure know how do show our interest,
All of those who were lying on their back sit up now,
the guitar player stopped plucking the Kromok Song.
all of us were listening.
CikNen oh CikNen.. jangan la mati.

'CikNen bawak laju sangat kot,
brake tu gagal masa dia amik kona,
katanya keter tu tebalik ke sebelah sana devider.
aku tak tau yang CikNen eksiden.
tak dak orang bagitau aku, yer la siapa la aku kan.
petang besoknya tu baru kawan aku si mekanik tu
datang bagitau.
CikNen eksiden..
cinta-sayang-nyawa-nafas Oksigen-roh aku eksiden.
Aku sempat pi tengok majlis pengkebumian dia,
mak dia punya meraung la, aku memang gagal terus
la nak kontrol macho.. aku nangis macam budak budak dah..
kalau buleh aku nak baring gulin gulin dah ataih tanah tu.
salah aku wei!! salah aku!!'

kami trus diam, nak buat lawak rasa tak appropriate,
nak kata apa pun tak tau. kami biarkan dia meneruskan
cerita dia.

'aku tak sengaja hampa tau..
memang pada mulanya aku naik ataih bangunan tu nak terjun,
masa naik tangga tu, dok teringat kan CikNen saja. nekad aku
nak lompat, aku rasa besalah sangat, dia yang aku cinta,
dah pergi, salah aku plak tu.. aku memang nak terjun dah..
abih nekad dah.'
kepulan asap kengkawan dah kurang..
bunyi cengkerik jer yang mengisi kesunyian..
ritma kosong tanpa melodi..
kriikk.. kriikk...kriik..

'tapi, bila aku sampai tepi bumbung tu,
aku ingat mak aku, aku ingat ustat aku
dulu dok habaq, bunuh diri memang tak bau syurga..
masa tu jugak aku habaq kat hampa, betui punya cerita.
aku nampak ciknen. dia duk kat bawah, aku nak pi kat dia..
logik tak logik tak kira dah.. aku pusing nak pi ke tangga..
tapi seluaq aku sangkut kat dawai tepi dindin tu,

masa aku nak tarik tu aku terpelecok, tu yang aku jatuh tu..
betui wei.. pecaya la cakap aku. masa tu aku dah ingat diri dah.
aku tak lupa tuhan, memang aku dok nampak ciknen kat bawah,
dia dok keloi aku, dok gamit tangan dia, panggey aku..
aku tak tau tu setan ka.. atau perasaan bersalah aku..
tapi aku jatuh.. masa tu aku nampak ciknen senyum.
dia senyum wei.. huu huuuuuu'
suara tangisan dah mula menjadi iklan kepada sajak pengakuan dia.
6 minit sekali

'dia senyum wei.. sapa yang senyum masa tengok orang sedang jatuh..
dia macam gelakkan aku.. tobat pecaya la kat aku..
aku tak bunuh diri wei.. aaaaa... ' lelaki tu mula melaung.
menangis, meratapi kesilapan dia. buruk

from the odd angle i was sitting,
i can see farid who was sitting on the side
of this fellow patting him on his back.. 'sabaq beb, sabaq'

the wailing goes on for a while, we were just there listening. feeling pity for him,
was hoping him to close the story..
how was the end?the finale... CikNen? dia?

TOK-ToK!! trus pintu dibukak..
kalau tgh bermaksiat, memang tak sempat lari.
'wei sapa sapa nampak karim dak, karim!! karim!!'
kepala jantan mana ntah terjongol masuk dari satu satu nya
pintu ke bilik tu. cahaya dari hall-way masuk menerjah bilik
kami, sejenak itu tangisan tadi berenti.
dia dah bertenang dah kot.
ngan slamba tak patut nya jantan tadi
pi bukak lampu mencari karim dia..

KLIK...
Terang! trus aku nak tengok rupa mamat yang
kematian CikNen tadi.
eh .. mana ? lelaki yang dok citer tadi, mana?
tengok muka sorang sorang tak der pun yang macam
baru nangis. bulu roma trus meremang bila aku tengok
kat spot lelaki tadi duduk, sebelah Farid...



... actually kosong, tak der orang.






Pergh!!
>TheEnd<

7 comments:

Ain Atika Zailani said...

ceeeiittt!!! begitu rupanya....huh.

Anonymous said...

kisah betul ker?

Pocket said...

ain,
begitu rupanya..

KaptenAtok,
CIter betul!!
betul kat ada orang datang sembang memalam yg gelap, citer jadi pelik.. seems like dia bunuh diri..
Klik!! lampu terang dia dah tak da.

tapi part CikNen tu pocket yg tokok tambah.. heheh Buleh?

Echa said...

huh !
hilang..
so scary..hoho ~

Pocket said...

Echa,
dia gi mana kan?
pintu tu satu jer,
n dat guy yg cari karim tu
ada kat situ. so nak lari ikut situ memang la tak sempat.

jeng jeng jengggg!!

Shila said...

lepas tu?

ape jadi kt Karim?

Kak Long Mawar Merah said...

Hish...seram ooo...
Pocket tak demam lepas tu?