Wednesday, July 27, 2011

358. CeritaMalam

Ni citer orang lain, tp nak citer kat sini jugak..
pocket masukkan diri dalam keadaan tersebut n
telling it like this was a first hand experience,
As if it was my own. It will be long, so here goes...


Dulu masa pocket kat UM, kursus yang pocket
masuk, berbeza sikit schedule nyer ngan student
kursus lain. perbezaan ini membuatkan kami
selalu kena lepak kat kolej kelima tuh biarpun
orang lain dok syok berjalan seluruh malaysia
or balik kampung.
extra classes.
repeat paper utk kali ke enam,
exam exam exam..
sedih...

Memalam pas abih study,
sesekali kami akan lepak ramai ramai dalam
satu bilik.. cam male bonding pun ada gak,
cuma kalau pompuan tu mesti korang buat
slumber party kan. pakat kaler kuku masing
masing sambil gossip.. ngan mask n timun dimata.
well for men kami gossip gak..
cuma dalam versi yg kurang best skt dari korang.
lebih kepada cerita betul.
tayar motor kat kedai mana murah,
camana nak cari ji-spot,
camana nak palsukan road tax.

anyway, malam tu ramai. Asap berkepul kepul.
pocket dapat spot yang besh, bawah meja.
lutut ke dada. ponggong ke simen.
kepala ke meja, orang atas kentut,
pocket buleh teka dia makan apa tadi.. hoh!!
satu mamat tu dok citer pasal awek dia
kat genting highland, bas naik dari pudu,
kesejukan dijadikan alasan nak peluk peluk.
then ada satu mamat lain plak citer pasal awek dia,
citer dia menarik.. semua orang memasang telinga
dalam kegelapan malam tu, cahaya samar samar jer
menerangi sejengkal dua meja dan 5 keping daun pakau
dok rancak bertukar tangan.

'awek aku kira anak orang kaya la gak,
ada keter sendiri, ada henpon, kalau dia talipon
mak bapak dia mesti dia tanya lokasi punya lah..
jawapan yg mak bapak dia bagi pung besh besh,
bali laa. bankok laa. bartam pun ada gak skali..
hari ni baling katanya'
kami cuma buleh sambut ngan 'pergh!!'
'mak oih' dan a few 'waaaa' mengkagumi awek dia tu.
(Although pocket tahu benda tu kalau citer kat
budak zaman sekarang.. biasa lah beb ..
air asia kan ada.. henpon? aku ada nam!

'CikNen nama dia, aku sayangkan dia korang tau,
aku tak mau dia demam, aku tak mau dia luka,
n most of all aku tak mau dia disakiti matsaleh celup tu.
aku nak lawan ngan dia memang kalah dari awai la kan,
kereta dia bukan jenama tempatan,
pakaian dia semua berjenama nama orang,
john master, doyce n galbana, fetuchini, penne...
bukan macam seluaq kita wei.. jenama sukan.
tapi kaya pun tak guna, aku tau perangai mamat
tu macam mana. Nampak dia dok mabuk ngan pompuan
sana sini masa aku keja kat pub tu.
hari ni mai ngan pompuan ni,
besok ngan pompuan lain plak..'

'tapi nak buat macam mana wei, mak bapak cik nen suka dia,
dia berwawasan kata mereka.. memang la berwawasan kalau
guna duit bapak dia bukak restoran. Umoq kita tapi dia bukak
restoran wei!! hampa buleh lawan?
gerai burger pun kita pikiaq 2 tahun.
Sejak CikNen kenal dia, aku makin kurang buleh keluaq ngan
CikNen dah, bukan pasai CikNen tak mau, tapi dia kena suruh
bapak dia ikut MatSalehCelup tu la. gi dinner sana sini.
aku paham. aku semekin, sapa la aku..
aku tau CikNen pun taknampak dia sebagai BF.
kekadang CikNen mai cari aku kat asrama kita ni lah,
just nak jumpa ngan aku lepas habih dinner
ngan datuk datin tu, nampak CikNen penaaaat sangat.
tapi dia mai jumpak aku gak..
senyuman dia macam sakiiiit sangat.
macam dia tengah sakit..tapi aku happy la gak,
terasa macam dia sayang aku.. aku la rasa.
yang sebenaqnya tak tau la kan.'
pergh!! blues siot citer mamat ni,
kami dok dengar jer.. wah wah.

'petang tu hujan, aku pi kedai pomen kawan aku..
dah nak maghrib kot.. aku nampak kereta mat saleh tu,
katanya dia mai tinggalkan keter tu sebelum gi
clubbing ngan kengkawan dia. kawan aku ni memang anti
kat mat saleh celup tu, belagak katanya.
dalam dok sembang sembang ngan member
aku ni, dia kata dia nak pi bli nasik...
aku habaq kata aku nak tidoq kat sofa buruk dpan tu,
penin aku bagitau. sebenaqnya aku nak nayakan keter tu,
aku nak singkirkan dia dari pertandingan ni,
biar CikNen buleh senyum kembali.
biar CikNen jadi milik aku. Aku tau idea tu jahat.
tapi beb.. tak pernah ka hampa ada satu tujuan dalam idup
yang korang rasa korang nak tinggalkan saja segala prinsip,
segala pegangan hanya untuk tujuan itu.
aku nak tengok CikNen senyum kembali.
Macam dia senyum gelakkan aku yang terkejutkan kopi stabak
buleh mahai sampai 17 hinggit. Macam dia senyum masa kami
pi melaka ari tu. dia senyum manis ooo..
dia senyum lama sikit kalu,
memang kencin manih aku.. tapi tak pa. aku happy.'

'so hang buat apa kat keter tu?'

>Bersambung<

9 comments:

nashays said...

Aku ske lutut ke dada punggung ke simen itu..ahahaaa..

low profile okeh..

Pocket said...

Nashays,
kamu bulehbayangkan kan?
kira pocket nyer description besh dah la tu :D heheheh

EZAN IDMA said...

ala bersambung. naya ni kalu smpai kencing manis haha

|arieza| said...

bersambung pulak dah...

Pocket said...

EzanIdma,
Oh maaaaanisnyaaaa seeeeeenyumanmuuuuu...
bila bertentang mata,
nananananan.. <-tak ingat lirik.

Arieza,
panjang sangat!!
kalau sekali hidang dik..
tak rasa ramai yang
buleh bertahan :D

echaRierie said...

haha..syok2 baca to be continued la plak..
owh cmtu ea klu lelaki gossip..haha

Kapten Atok said...

best plak citer ni

Kak Long Mawar Merah said...

Wah penuh unsur suspen ni. Tak sabar nak tunggu sambungannya...

Pocket said...

Echa,
yes yes, kami memang kalau bergossip kalu, lebih kepada berilmiah.. heheheh..
ilmiah utk benda baik ke jahat tu lain citer :D

Atok,
best! best! or atleast pocket la rasa best .. ^^

KakLong,
suspen yek,
pocket tambah sikit lagi suspen dlm second karangan nyer nanti. hehehe:)