Friday, July 29, 2011

360. FallingForU

Pocketeers,
have u ever fallen for an internet
figure? i did once. a blogger.
She is not that tall, free hair,
One time she cut it so short,
she look a bit like dat lady who
acted in 3,2,1 cinta, or that lady
Roksen Richi from megamind.
my own personal liking in ladies
kot.





Ok so i got a crush to this lady once and everyday
i'm opening my internet window to her blog first.
then it'll be yahoo.
Although it is rude but still i collected her pic
whenever she posted any. and when i say 'any' here
i meant every pic i could.
her toes, her baju, her wardrobe.. and even her lantai.
Having the pic makes me feel near, like i am there.

One thing that i always hope for was a high resolution pic
of her closeup. so that i could kiss the monitor everyday
before i go to sleep. <- shut up pocket!!
but i was not that lucky, she knows better.

Have i ever tried my luck getting to know her?
No sir never. I always thought that i'm just a small peasant
looking at the kings daughter in awe and amazement.
For me to even approach her is unthinkable.
Commenting in her blog was far far away from ever happening.
Intimidated? terasa rendah diri? maybe..

One day she tied the knot with a guy i am far from
ever standing my shoulder next to him. but i dont care.
I luv her the same. By this point i have come to realize
that it was not the attraction between different sexes
that attracted me to her, it was something else.
It was her, and her alone.

The other day she commented in my blog.
When i say 'the other day' doesnt mean last
few days ok.. so dont go on and search which
one is her. <-ayat pelapik supaya jangan kantul.

It was a short comment but meaningful,
and i can tell that she definitely read my long
and long karangan. not like those comment
that take only the last paragraph point
to comment on.

haaaaaa... (Exhaling) i am in heaven :D

So pocket, have u ever had anything like i did?
how did it go?
(U can always say.. 'am going to say "i do"
with him next month'heheh )





*congratulation to MrAdrySabry who tied
the knot recently. I guess i missed your
update in my bloglist cause for me its like
u havent posted anything lately.
anyway.. put in more pic of your wedding ok :D

Thursday, July 28, 2011

359. CeritaMalamKedua

Sambungan dari citer yang lepas '358.CeritaMalam'

'so hang buat apa kat keter tu?'

si pencerita tak sambung terus,
bagaikan mengumpul semangat nak
meneruskan cerita.
'aku loosekan skru kat pedal brake,
n aku bocorkan brake dia...'
diiringi ngan satu keluhan singkat.
dia diam pas tu..
kami plak on the other hand, bantai happy,
kami memang suka dia buat gitu,
biar mat saleh celup tu kena.
moga moga lumpuh n tak leh kawin ngan cik nen.
kawan kami ni yang jadi kaya,
kot la kami pun buleh merasa makan
kenduri kawin dalam dewan ngan 8 course dinner.

selepas kesunyian yang agak panjang,
ada suara bertanya 'pas tu camana wei?'
.......
'...cik nen yang mai amik keter tu,
kena pi jemput mat saleh tu yg mabuk.
kengkawan dia pun hancoq malam tu,
depa balik ngan awek depa masing masing,
konon nya matsaleh celup tu talipon dia.
mintak dia pi amik. kawan aku la yang bagitau,
katanya cik nen diberi arahan untuk mai
amik guna keter tu pasal dia nak keter tu
ada dirumah besok. something about tak mau
kantul ngan bapak dia or samting'
'abih brake tu?'

sedutan hingus yg tak der hingus sangat,
suara bergetar getar macam ada setan dok
merentap rentap esofagus tak nak bagi
cerita tu keluar.
'cik nen yang terima padahnya,
aku nak naya mat saleh tu,
cik nen yang exciden.. '
suara dia dah mula teresak esak..
macam sedih sangat sangat dah.
men cant do much in showing empathy while listening
to sad story, but we sure know how do show our interest,
All of those who were lying on their back sit up now,
the guitar player stopped plucking the Kromok Song.
all of us were listening.
CikNen oh CikNen.. jangan la mati.

'CikNen bawak laju sangat kot,
brake tu gagal masa dia amik kona,
katanya keter tu tebalik ke sebelah sana devider.
aku tak tau yang CikNen eksiden.
tak dak orang bagitau aku, yer la siapa la aku kan.
petang besoknya tu baru kawan aku si mekanik tu
datang bagitau.
CikNen eksiden..
cinta-sayang-nyawa-nafas Oksigen-roh aku eksiden.
Aku sempat pi tengok majlis pengkebumian dia,
mak dia punya meraung la, aku memang gagal terus
la nak kontrol macho.. aku nangis macam budak budak dah..
kalau buleh aku nak baring gulin gulin dah ataih tanah tu.
salah aku wei!! salah aku!!'

kami trus diam, nak buat lawak rasa tak appropriate,
nak kata apa pun tak tau. kami biarkan dia meneruskan
cerita dia.

'aku tak sengaja hampa tau..
memang pada mulanya aku naik ataih bangunan tu nak terjun,
masa naik tangga tu, dok teringat kan CikNen saja. nekad aku
nak lompat, aku rasa besalah sangat, dia yang aku cinta,
dah pergi, salah aku plak tu.. aku memang nak terjun dah..
abih nekad dah.'
kepulan asap kengkawan dah kurang..
bunyi cengkerik jer yang mengisi kesunyian..
ritma kosong tanpa melodi..
kriikk.. kriikk...kriik..

'tapi, bila aku sampai tepi bumbung tu,
aku ingat mak aku, aku ingat ustat aku
dulu dok habaq, bunuh diri memang tak bau syurga..
masa tu jugak aku habaq kat hampa, betui punya cerita.
aku nampak ciknen. dia duk kat bawah, aku nak pi kat dia..
logik tak logik tak kira dah.. aku pusing nak pi ke tangga..
tapi seluaq aku sangkut kat dawai tepi dindin tu,

masa aku nak tarik tu aku terpelecok, tu yang aku jatuh tu..
betui wei.. pecaya la cakap aku. masa tu aku dah ingat diri dah.
aku tak lupa tuhan, memang aku dok nampak ciknen kat bawah,
dia dok keloi aku, dok gamit tangan dia, panggey aku..
aku tak tau tu setan ka.. atau perasaan bersalah aku..
tapi aku jatuh.. masa tu aku nampak ciknen senyum.
dia senyum wei.. huu huuuuuu'
suara tangisan dah mula menjadi iklan kepada sajak pengakuan dia.
6 minit sekali

'dia senyum wei.. sapa yang senyum masa tengok orang sedang jatuh..
dia macam gelakkan aku.. tobat pecaya la kat aku..
aku tak bunuh diri wei.. aaaaa... ' lelaki tu mula melaung.
menangis, meratapi kesilapan dia. buruk

from the odd angle i was sitting,
i can see farid who was sitting on the side
of this fellow patting him on his back.. 'sabaq beb, sabaq'

the wailing goes on for a while, we were just there listening. feeling pity for him,
was hoping him to close the story..
how was the end?the finale... CikNen? dia?

TOK-ToK!! trus pintu dibukak..
kalau tgh bermaksiat, memang tak sempat lari.
'wei sapa sapa nampak karim dak, karim!! karim!!'
kepala jantan mana ntah terjongol masuk dari satu satu nya
pintu ke bilik tu. cahaya dari hall-way masuk menerjah bilik
kami, sejenak itu tangisan tadi berenti.
dia dah bertenang dah kot.
ngan slamba tak patut nya jantan tadi
pi bukak lampu mencari karim dia..

KLIK...
Terang! trus aku nak tengok rupa mamat yang
kematian CikNen tadi.
eh .. mana ? lelaki yang dok citer tadi, mana?
tengok muka sorang sorang tak der pun yang macam
baru nangis. bulu roma trus meremang bila aku tengok
kat spot lelaki tadi duduk, sebelah Farid...



... actually kosong, tak der orang.






Pergh!!
>TheEnd<

Wednesday, July 27, 2011

358. CeritaMalam

Ni citer orang lain, tp nak citer kat sini jugak..
pocket masukkan diri dalam keadaan tersebut n
telling it like this was a first hand experience,
As if it was my own. It will be long, so here goes...


Dulu masa pocket kat UM, kursus yang pocket
masuk, berbeza sikit schedule nyer ngan student
kursus lain. perbezaan ini membuatkan kami
selalu kena lepak kat kolej kelima tuh biarpun
orang lain dok syok berjalan seluruh malaysia
or balik kampung.
extra classes.
repeat paper utk kali ke enam,
exam exam exam..
sedih...

Memalam pas abih study,
sesekali kami akan lepak ramai ramai dalam
satu bilik.. cam male bonding pun ada gak,
cuma kalau pompuan tu mesti korang buat
slumber party kan. pakat kaler kuku masing
masing sambil gossip.. ngan mask n timun dimata.
well for men kami gossip gak..
cuma dalam versi yg kurang best skt dari korang.
lebih kepada cerita betul.
tayar motor kat kedai mana murah,
camana nak cari ji-spot,
camana nak palsukan road tax.

anyway, malam tu ramai. Asap berkepul kepul.
pocket dapat spot yang besh, bawah meja.
lutut ke dada. ponggong ke simen.
kepala ke meja, orang atas kentut,
pocket buleh teka dia makan apa tadi.. hoh!!
satu mamat tu dok citer pasal awek dia
kat genting highland, bas naik dari pudu,
kesejukan dijadikan alasan nak peluk peluk.
then ada satu mamat lain plak citer pasal awek dia,
citer dia menarik.. semua orang memasang telinga
dalam kegelapan malam tu, cahaya samar samar jer
menerangi sejengkal dua meja dan 5 keping daun pakau
dok rancak bertukar tangan.

'awek aku kira anak orang kaya la gak,
ada keter sendiri, ada henpon, kalau dia talipon
mak bapak dia mesti dia tanya lokasi punya lah..
jawapan yg mak bapak dia bagi pung besh besh,
bali laa. bankok laa. bartam pun ada gak skali..
hari ni baling katanya'
kami cuma buleh sambut ngan 'pergh!!'
'mak oih' dan a few 'waaaa' mengkagumi awek dia tu.
(Although pocket tahu benda tu kalau citer kat
budak zaman sekarang.. biasa lah beb ..
air asia kan ada.. henpon? aku ada nam!

'CikNen nama dia, aku sayangkan dia korang tau,
aku tak mau dia demam, aku tak mau dia luka,
n most of all aku tak mau dia disakiti matsaleh celup tu.
aku nak lawan ngan dia memang kalah dari awai la kan,
kereta dia bukan jenama tempatan,
pakaian dia semua berjenama nama orang,
john master, doyce n galbana, fetuchini, penne...
bukan macam seluaq kita wei.. jenama sukan.
tapi kaya pun tak guna, aku tau perangai mamat
tu macam mana. Nampak dia dok mabuk ngan pompuan
sana sini masa aku keja kat pub tu.
hari ni mai ngan pompuan ni,
besok ngan pompuan lain plak..'

'tapi nak buat macam mana wei, mak bapak cik nen suka dia,
dia berwawasan kata mereka.. memang la berwawasan kalau
guna duit bapak dia bukak restoran. Umoq kita tapi dia bukak
restoran wei!! hampa buleh lawan?
gerai burger pun kita pikiaq 2 tahun.
Sejak CikNen kenal dia, aku makin kurang buleh keluaq ngan
CikNen dah, bukan pasai CikNen tak mau, tapi dia kena suruh
bapak dia ikut MatSalehCelup tu la. gi dinner sana sini.
aku paham. aku semekin, sapa la aku..
aku tau CikNen pun taknampak dia sebagai BF.
kekadang CikNen mai cari aku kat asrama kita ni lah,
just nak jumpa ngan aku lepas habih dinner
ngan datuk datin tu, nampak CikNen penaaaat sangat.
tapi dia mai jumpak aku gak..
senyuman dia macam sakiiiit sangat.
macam dia tengah sakit..tapi aku happy la gak,
terasa macam dia sayang aku.. aku la rasa.
yang sebenaqnya tak tau la kan.'
pergh!! blues siot citer mamat ni,
kami dok dengar jer.. wah wah.

'petang tu hujan, aku pi kedai pomen kawan aku..
dah nak maghrib kot.. aku nampak kereta mat saleh tu,
katanya dia mai tinggalkan keter tu sebelum gi
clubbing ngan kengkawan dia. kawan aku ni memang anti
kat mat saleh celup tu, belagak katanya.
dalam dok sembang sembang ngan member
aku ni, dia kata dia nak pi bli nasik...
aku habaq kata aku nak tidoq kat sofa buruk dpan tu,
penin aku bagitau. sebenaqnya aku nak nayakan keter tu,
aku nak singkirkan dia dari pertandingan ni,
biar CikNen buleh senyum kembali.
biar CikNen jadi milik aku. Aku tau idea tu jahat.
tapi beb.. tak pernah ka hampa ada satu tujuan dalam idup
yang korang rasa korang nak tinggalkan saja segala prinsip,
segala pegangan hanya untuk tujuan itu.
aku nak tengok CikNen senyum kembali.
Macam dia senyum gelakkan aku yang terkejutkan kopi stabak
buleh mahai sampai 17 hinggit. Macam dia senyum masa kami
pi melaka ari tu. dia senyum manis ooo..
dia senyum lama sikit kalu,
memang kencin manih aku.. tapi tak pa. aku happy.'

'so hang buat apa kat keter tu?'

>Bersambung<

Tuesday, July 26, 2011

357. Akkuuuutttt!!!

today is my second day of doing the night
shift, i cant say i'm hating it that much,
there is a few point here and there that i'm
enjoying. for instance by doing nicht shift,
there is less work to do..
so i can type as many story as i want to,
although by not having any work to do makes me
lost.

Ok.. so that one is done and completed, what else?
err... aaaa.... kejap. what else ya...
hummmmmm...

anyway. just now they're talking about ghost
story, and i told them my fair portion of ghost
story that was so old, i dont think noreen nor
was born yet then... (Kenapa noreen nor plak kan?)

one of my audience actually giggle and kept on
rubbing her neck..
aii.. dah meremang bulu tengkuk ker?

After my story ended, one of them stood up and
ask the lady on her left to accompany her to the loo.
'kakaaaaakk.. nak ikut buleh?'i said joking
'haish!! mana buleh!!'
'aaa.. tak nak duk sini sorang sorang!!
akkuuuuttt!!'
in an intonation like a little girl saying it
cutely asking for pity.

'cik pocket jangan cakap gitu, suare dah sedap
dah penuh kejantanan, buat suare gitu spoil jer'
one of them said.. oh oh..
suara ku sedap lagi penuh kejantanan?

to those who have heard my voice,
tell me.. betul ker?

to those who have not.. i beg u your phone no..
so that i can call u and ask your opinion.

heheheheh...
trick nak mendapat
nombot talipon.
buleh ker gini?

Sunday, July 24, 2011

356. I hate it when...

i hate it when...

... scene dlm movie memag pernah berlaku kat diri sendiri,
trus terasa mcm panas tengkuk.. mata mcm nak berair.
eh kenapa? 'mamat yang jahat gi das kaki awek tu sebijik
cam aku dulu. sian awek tu, darah gak idung dia cium simen.'

.... bila rancangan jahat ku untuk berselingkuh dikenselkan tuhan,
yes yes aku bersyukur... daaah selamat dah tak berdosa.
tp still terasa cam tak beshnyaa..
kalau la jadi aku amik cuti rabu dpan ,
buleh jer aku gi tgk wayang ngan dia.. pergh!!

... bila apa yang ku rasa betul, ku dapati salah..
tersedar masa bertengkar ngan mangsa.
'tapi aku tak naya hang pun!!' <- ku rasa diriku betul
'hang pi habaq kat boss pasai apa? naya la tu' <- tuduhan mangsa.
'aku cuma hantaq mail kat HR jer,
mana aku nak tau boss nak tau plak' <- self defense
'hang pi CC kat Boss!! ' <- the light!!
'eh.. yer ker? aku CC kat boss? alamak.. sori la wei..'<- disini tersedar.. adehlaaa...


... my mind kept on picturing a knock on the door
that soon turned out to be the pegawai pencegah maksiat
whenever i imagined myself getting wild with her.
oi oi otak!!
ko tak buleh keluarkan charachter eman manan tu
dari drama yang kita arahkan sendiri ni tak?

... when i have to work sundays... keja malam plak tu!! waaahhh!!!

so pocketeers.. have a nice monday.
i may post more during this night shift...

Friday, July 08, 2011

355. HailMegatron..

post yang pendek untuk hujung minggu.

tak nak tulih panjang panjang, pasal nanti melalut ke semangat patriotik plak.
takut blog ini dianggap blog penghembus semangat pejuang.
(Mana la hembusan tu.. tak tau plak pocket)

bebaru ni pocket tgk la citer yg digembar gembur kan kebelakangan ni tu.
trensfomes.
macam besh!!
segala yg diwar warkan macam besh,
aksi nya katanya amat lah besh!!
pocket gi tengok..
memang besh! awek tu seksi, lawan lawan tembak tembak,
tapi ada satu persoalan bermain dikepala.
terasa yang megatron ngan sentinel tu patriotik.
pencinta bangsa dan negara.
dan optimus tu jahat.
naturalist yang tak bertempat.

megatron ngan sentinel berusaha nak revive kan saibetron,
usaha yang gila gila nyer lah!!
the whole trip, the whole plan.
kena tembak just to get the plan working.
sentinel hancoq landing kat bulan,
sentinel tu lagi lah!!
he drop his pride working with megatron the enemy,
for what? nak mengembalikan saibetron yang telah hilang.

dan optimus gi buat apa?
dia pi pertahan kan sebusut semut yang konon nya bertamadun
yang konon nya ' more than meets the eye'
yer la, maybe betul la gak kot, ada satu semut tu pernah selamat kan nyawa dia.
or maybe sekumpulan semut tu pernah selamatkan nyawa dia,
tp hanya untuk sekumpulan tu, dia hancurkan saibetron!!!

saibetron!! tanah tumpah darah dia!!!?
not to mention gi tembak plak pakcik keter bomba tu. (Keter bomba yek?)

i wanna ask u pocketeers.
kalau lah ever nasib, survival of negeri kedah bergantung
kepada peperangannya ngan sepadang bola of belalang.
kedah kena amik padang bola itu, lets say ada sumber air bawah tu.
dan ngan air tu, negeri kedah maybe terselamat dari pupus.
padi buleh idup balik, manusia buleh idup balik.
selamat lagi indah utk bermastautin di negeri jelapang padi itu semula.

ada satu lelaki dok tetap menyebelahi padang bola of belalang itu?
berdiri tegak di pintu pagar mendepangkan tangan nya melaungkan
'tidak!! kamu tak buleh amik padang bola ni, ada penduduk disini'
apa kamu rasa tentang lelaki itu?

n the best part is, lelaki itu bunuh mereka yang membuang segala gala
nya untuk usahakan padang bola itu.
apa kamu rasa tentang lelaki itu?

bangang kan..

Sunday, July 03, 2011

354. GantiRugi...

pocket terbaca satu karangan adik ni,
dimana dia teraniaya oleh satu kecuaian perubatan.
kesian dia, pastinya kecuaian tersebut akan memberi
kesannya kalau tak sekarang, maybe nanti.
kalau tak banyak, mungkin sikit,
kalau tak mati, maybe sakit...

tapi dia tetap dengan pendirian nya,
dia tidak akan menyaman pusat perubatan tersebut
kerana kalau bagi dia dapat wit juta juta pung,
bukan nyer buleh happy. lagi idup misrable pasal dok pikir
'aku idup senang ngan menghancurkan idup orang'

yes yes.. pendapat mu dik, amat abang mengerti
(Ceeeeeeeewaah! abang tu!! heheh)

tapi harus la abang tentang pendapat mu itu
dan memberi sepatah dua kata mengenainya.

My theory is simle, in the end dik,
kita yang nak idup ngan kesan dari kecuaian orang tu.
pocket pun ada kesan dari kecuaian orang,
permanent di anggota ini, nak jer saman.
tapi cerita penganiayaan tu blur.
dan saksi utama tak nak naik court utk testify.
yes, kalau buleh pocket nak saman 3 juta.
kalau dia tak leh bayor, kita amik umah dia..
semua EPF dia... mana mana harta dia yang ada.
hatta motor buruk dia pun pocket nak amik n jual.
kot buleh dapat seratus hinggit,
lepas gak tgk Transformers 3 in 3D.
Doa doa nya bapak dia mati dulu,
n left him with some land under his name,
more for me to take.
tapi nak wat camana kan ...

sebab dik.. kita ni baik la ati memikirkan si lelaki cuai itu,
dia ada pamily kot? dia ada karrier kot? alaaa.. dia bukan sengaja..
tapi kan , abang nak tanya sikit, dia ada pikir?
bila dia tido tetiap malam..
dia ada pikir tak pocket yang susah nak drive keter manual ni?
dia ada pikir tak pocket yang terpaksa benci bola sepak hanya
kerana pocket tak leh main?
dia ada pikir tak pocket yang kena rijek dek awek idaman hanya
kerana pocket jalan tak betul?
taaaakkk.. dia happy!!! dia gelak!!
penuh kuatnya dia gelak!! sampai nak nampak gigi bongsu nya
dia gelak bila dia cerita kat kengkawan dia.
aku dulu pernah la jumpa belalang kecik ni,
aku cabut kaki dia, saje je nak tengok belalang buleh terbang tak
kaki sebelah, dia buleh terbang siot!
sekarang ni dah jadi makanan ikan dah kot belalang tu.
belalang tu tak saman aku pun. dah dasar belalang kot. bodoh,
otak taruk kat sayap. sayap pun 0.2 milimeter, hahahahahh

masa dia tengah gelak tu, pocket dok wat aper?
sedih sorang sorang bila tengok kasut baru pocket
dah haus kat sebelah kaki, suspect root cause?
abnormal foot stepping causing friction on particular location.

Yes pocket nyer ke'kurang'an tak seteruk kamu dik...
tapi in a way kita serupa.

tapi pocket.. apa lah 3 juta ngan idup
yang dah 'kurang' ni?ada makna ker?

ada!!
pasal ngan tiga juta tu pocket nak baiki kasut.
baru baru ni gi check, tukar tapak cost 45 hinggit.
peh mahal nya kan ... beli baru tak mampu.

bila orang perli...
'laaa.. hang ni lelaki tapi tak reti drive keter manual? apa kes wei!'
pocket buleh gi bli keter manual, n modified location of the clutch,
brake and acceleration pedal ikut suka ati.

n the best one there is...
pocket buleh gi buat operation taruk besi bagi ok balik kaki ni.
Bukan utk pocket sendiri, tapi...
supaya anak pocket nanti, tak malu ngan bapak dia,
sebab bapak dia jalan normal. sebab bapak dia ensem sama
macam bapak bapak kengkawan dia..
harapnya lagi ensem lah kan, harapnya jugak cikgu dia comel heheheh:)

so there u go dik, my comment on your post.
suggestion : sue them all up, they deserve it honey.
DIorang tu orang baik baik belaka?
tell them, dont take it personal, its just business.