Wednesday, August 01, 2007

Congratulation??

Pocket...
he got married again... i cant believe it ... he already have like two wife and still he got married again. Whatever in his mind... only god knows. Dah la tu... yg gi pinjam kamera orang tp bila pulangkan tu tak padam balik gambo yg ko dah amik mase wedding ko tu apasal? alahai anak omak.... tak der la .. cam kalau nak wat jenayah tu .. make sure la pakai glove tak nak kasi fingerprint sangkut...
tp kononnya bila ditanya kenapa.. alasannya mudah jer... 'servis tak bagus'
sendiri nyer alasan jer kut tuuu...
tak tau la .. mintak simpang malaikat pat puluh pat...
katanya no dua tak tau tentang yang baru nii...
memoga kekal idup sejahtera dan bahagia ke akhir hayat ...
wish u all the best...

5 comments:

Anonymous said...

Salam Pocket.

Erk, 'servis tak bagus'? Itulah alasan kebanyakan lelaki yang kahwin lebih daripada satu atau kahwin cerai kahwin cerai beberapa kali. Lelaki jenis ini sebenarnya tidak menerima isteri/pasangan seadanya. So, apabila ada yang pincang, ada kurang, mulalah nak cari lain.

Tetapi, saya sebenarnya salah seorang wanita yang merestui poligami. Dengan syarat, si suami itu mampu. Mampu dalam pelbagai aspek. Kalau saya berada di tempat isteri ke-2 orang yang Pocket maksudkan tu, saya tak marah & tak kisah. Itu lebih baik daripada suami melakukan maksiat, kan :-)

Saya merestu poligami, bukan bermaksud 'suami orang' menjadi pilihan saya. No. Mintak simpang. Saya memberikan pandangan ini, dengan membayangkan saya sebagai isteri yang diduakan nanti (bukan yang merampas suami orang ye). Huhu.

Kita tak tahu apa yang akan kita tempuhi nanti. Persiapan awal dari segi fizikal, mental dan emosi tu penting. Jadi, seandainya perkara yang tidak diingini berlaku, kita sudah bersedia menerima takdir dengan berlapang dada.

Alangkah bahagianya jika mendapat suami yang setia dan menerima kita seadanya. Itu satu bonus yang tidak ternilai harganya dalam kehidupan seorang wanita yang bergelar (atau bergelar) isteri.

Danisha said...

Hmmmmnnn....
Alasn jer tu tapi bila dapat tahu awak tu minta simpang, baguslah kan? Sebab kekadang tu selalu kata 'apa salahnya'....

Poligami? Takutlah....Of course sumer orang nak elak kan?
Communication tu penting. Lebih baik tahu dari orang yang buat daripada tahu dia memang nak sembunyi dan asyik kena tipu jer....

Banji said...

ada jugak org mcm tu, alasan servis tak bagus tu mmg menunjukkan sangat kecetekan akal org tu.

kahwin bukan utk seks semata2. dan kalau dia boleh cakap servis tak bagus tu, nampak sgt dia tak faham tu, dia tak tau yg bile kahwin hal2 bilik mcm tu patut dirahsiakan, kena hormat rahsia suami isteri. tu basic pertama bile kawin.

dan kalau dia kata problem pada isteri, problem tu problem ni... nampak sgt problem sebenarnya ialah pada diri dia.

tensyen memikirkan ada org mcm ni, sori ye pocket..

Pocket said...

eh.. tapi kan banji...
'servis tak bagus' tu tak semestinya
tentang 'pergaulan' jer kut ...
ado sorang spupu duai kita jgak...
yang kununnya ...:
Suami balik umah tak der 'selamat pulang kiss...'
Suami tgh nak ajak sembang... trus jer isterinya pegang controller PSII
'awakkk... tlg goreng cucur sket bleh? banji nak datang kejap lagi ngan kakak..'
'Goreng sndiri tak leh? abang awak yg nak datang...'

Banji said...

boleh jadi jugak kan? hm kena sangka baik. kena sangka baik.. :)

just sekadar bercerita, dan tak diniatkan utk dikaitkan dgn entry... kalau tak salah, poligami ni bukannya bertujuan utk memuaskan nafsu sebenarnya. kalau betul itu tujuan sebenar poligami, Allah sure dah allow perempuan pun berpoligami. but that's my opinion la, Dia lebih mengetahui

Zaman rasulullah berpoligami kalau dikaji, lebih bertujuan utk memuliakan isteri2 baginda. tengok la zaman tu mcm mana, mmg perempuan dihinakan. kalau janda lagilah.. apa pun, wallahualam. pendapat peribadi :)